SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

5.10.2020

Pengalaman Bercuti Bersama Keluarga


Assalamualaikum para pembaca.

Pada hari ini, saya akan menceritakan pengalaman saya bercuti bersama keluarga di dalam Malaysia. Terdapat tiga negeri yang kami pergi iaitu Johor, Kuala Lumpur dan Perak. Walaupun kami sekeluarga tidak bercuti di tempat yang jauh, namun saya bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga saya. Pada 11 Disember 2019, kami sekeluarga pergi ke Tanjung Emas, Muar di Johor. Tujuan asal kami ke sini adalah untuk urusan perniagaan. Selain itu, kami pergi ke sini juga kerana hendak berjumpa kenalan yang terdapat di Muar.




Berikut adalah beberapa gambar yang dapat diambil di Tanjung Emas. Jika dilihat di dalam gambar, cuaca sangat sejuk dan udara yang nyaman. Pemandangan di laut juga menarik. Demi mengisi isi perut yang kosong, kami makan di kedai yang terletak berdekatan. Kami makan makanan yang terkenal dengan keenakannya di sini iaitu mi bandung. Selepas selesai segala urusan, kami pulang ke rumah pada petang.

     Pada 13 Disember, kami pergi ke Putrajaya bertujuan menghadiri majlis akad nikah keluarga. Kami bertolak ke sana denagan menaiki kereta pada tengah hari. Majlis akad nikah tersebut terletak di Masjid Putrajaya, Kuala Lumpur.

Setelah selesai majlis akad nikah, kami pergi ke Menara Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Tinggi menara ini ialah 68 meter. Setelah masuk waktu solat fardhu Asar, kami menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk menunaikan solat Asar secara berjemaah. 

Setelah selesai, kami pulang ke rumah saudara saya yang terletak di Bangi, Selangor. Kami bermalam di sana kerana keesokan harinya, kami akan menuju ke majlis kenduri.

Pada keesokan harinya, kami pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis kenduri. Selepas itu, kami terus menuju ke Ipoh perak untuk bermalam di homestay yang sudah ditempah. 

Pada malam itu, kami pergi ke sebuah kedai makan yang terletak berdekatan. Keesokan harinya, kami pergi ke Lumut , Perak. Kami pergi ke Pelabuhan TLDM, yang terletak di sana. Sebelum pergi ke sini, kami pergi melawat Stesen Kereta Api Lama Perak. 


 Kami pergi ke Kapal Mahawangsa yang terdapat dalam pelabuhan tersebut. Cuaca di sini sangat sejuk dan pemandangannya sangat menarik. Saya juga dapat bergambar bersama dua orang pekerja yang berkhidmat di kapal itu.













     Melalui penulisan blog ini, saya dapat mengekalkan warisan masyarakat Malaysia dengan  berkongsi pengalaman saya semasa berada di sini. Sebagai contoh, dari segi makanan iaitu mi bandung, saya dapat mempromosi dan membantu memajukan ekonomi negara melalui aspek perniagaan makanan.

34 comments:

  1. Syabas saya ucapkan kepada saudara kerana anda telah berjaya menghasilkan karya penulisan blog yang mantap untuk mempromosikan budaya yang terdapat di negara kita. Selain itu, saya juga suka akan imej, huruf dan elemen-elemen lain yang dikoordinasikan dalam blog ini. Mantaplah Azrien! πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Syabas saya ucapkan kepada saudara kerana anda telah berjaya menghasilkan karya penulisan blog yang mantap untuk mempromosikan budaya yang terdapat di negara kita. Kagum saya melihatnya....

    ReplyDelete
  3. Wah! Tiga negeri dalam satu percutian. Hebat sungguh saudara Azrien. Blog ini membakar semangat saya untuk melancong dengan lebih kerap dan aktif.

    ReplyDelete
  4. Wah...sungguh menarik pengalaman percutian kamu.Saya juga teringin untuk melawat tempat yang dicadangakan oleh kamu.

    ReplyDelete
  5. Saudara telah berjaya memeparkan keistimewaan negeri-negeri tersebut! Sememangnya saudara ialah seorang yang berbakat dalam bidang ini.

    ReplyDelete
  6. Menarik sekali penulisan saudara, jalan cerita bagus dan kreatif... teruskan dan tingkatkan usaha yang bagus ini ya :D

    ReplyDelete
  7. Penulisan blog anda ini sangat menarik serta penggunaan bahasa yang begitu gramatis. Terima kasih saudara atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  8. Pengalaman yang amat menarik sekali untuk dikingsikan. Blog ini merupakan blog yang sangat kreatif selepas saya melihat lebih dari 50 blog rakan-rakan saya. Sememangnya saya sangat teruja ketika membaca pengalaman anda. Penulisan yang gramatis dan kreatif. Syabas dan terima kasih.😊😊

    ReplyDelete
  9. Wah!Saya sangat teruja membaca dan melihat blog percutian kamu.Saya harap saya dapat ke sana juga nanti.

    ReplyDelete
  10. Wah!percutian dan pengalaman yang menarik.Saya berasa amat teruja kerana dapat mengenali tempat percutian anda supaya saya dapat pergi ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  11. Saya sangat teruja membaca blog saudara Azrien yang sangat lengkap dengan informasi dan penggunaan ayat yang gramatis.

    ReplyDelete
  12. Pastinya sebuah pengalaman yang mengujakan dapat melawat negeri di dalam Malaysia,jauh pulak tu.Apapun,penceritaan yang menarik dan seronok disertakan gambar yang berkualiti...SYABAS!!!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  13. Wah, sungguh menarik sekali percutian kamu ini! Saya berharap dapat ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  14. Wah! Menarik sungguh blog ini warna dan hiasan yang kreatif, begitu juga penulisannya. Maklumat yang berguna untuk ke Johor, Kuala Lumpur dan Perak. Gambarnya juga menarik sekaliπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  15. Blog yang sangat kreatif. Banyak maklumat yang berguna apabila mengunjungi negeri - negeri dalam Malaysia. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  16. Saudara berjaya menceritakan pengalaman saudara dengan begitu baik sekali dan ini membuatkan saya rasa teruja untuk melawat tempat-tempat tersebut 🀩

    ReplyDelete
  17. Wah!Penerangan yang bagus.Anda menerangkan info dan idea dengan baik sekali.Cara penceritaan anda yang baik membuatkan saya ingin mengunjungi tempat tersebut.

    ReplyDelete
  18. Penerangan yang sangat bagus dan menarik. Blog yang dihiasi transaksi serta desain yang cantik membuatkan emosi untuk membaca blog ini sangat teruja.

    ReplyDelete
  19. Wah, sungguh menarik sekali percutian kamu ini! Saya berharap dapat ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  20. Terima kasih diatas perkongsian yang kamu berikan ini. Saya berharap agar saya bisa ke sana juga.

    ReplyDelete
  21. Saya sangat teruja membaca blog ini serta melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam blog anda ini. Saya berharap agar saya juga dapat pergi ke ketiga-tiga negeri yang anda lawati bersama keluarga tercinta.
    Saya juga sangat suka akn templat yang anda gunakan dalam menghasilkan blog ini.πŸ‘

    ReplyDelete
  22. Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehebatan anda dalam mengarang ayat.

    ReplyDelete
  23. Wow! Gaya penulisan yang digunakan juga amat menarik sekali. Saya begitu teruja dengan blog yang kamu sampaikan ini.

    ReplyDelete
  24. Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehebatan anda dalam mengarang ayat.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Blog yang sungguh menarik untuk di baca. Penggunaan ayat yang gramatis dan dapat menarik perhatian para pembaca .

    ReplyDelete
  27. Blog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  28. Wah! Tiga negeri dalam satu percutian. Hebat sungguh saudara Azrien. Blog ini membuatkan saya rasa untuk melancong dengan lebih kerap dan aktif.

    ReplyDelete
  29. Blog ini sangat menarik kerana anda telah bertungkus lumus dalam menulis blog ini

    ReplyDelete
  30. Blog yang kreatif dan terdapat hiasan yang cantik. Penggunaan bahasa yang gramatis. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  31. Terima kasih diatas perkongsian yang kamu berikan ini. Saya berharap agar saya boleh ke sana juga

    ReplyDelete
  32. Blog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  33. Wah! Tiga negeri dalam satu percutian. Hebat sungguh saudara Azrien. Blog ini membuatkan saya rasa untuk melancong dengan lebih kerap dan aktif.

    ReplyDelete
  34. Blog saudara sungguh menarik kerana mengandungi gambar-gambar yanng menarik dan penggunaan ayat gramatis.

    ReplyDelete

Pengalaman Bercuti Bersama Keluarga

Assalamualaikum para pembaca. Pada hari ini, saya akan menceritakan pengalaman saya bercuti bersama keluarga di dalam Malaysia. Terdapat...