Pada hari ini, saya akan menceritakan pengalaman saya bercuti bersama keluarga di dalam Malaysia. Terdapat tiga negeri yang kami pergi iaitu Johor, Kuala Lumpur dan Perak. Walaupun kami sekeluarga tidak bercuti di tempat yang jauh, namun saya bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga saya. Pada 11 Disember 2019, kami sekeluarga pergi ke Tanjung Emas, Muar di Johor. Tujuan asal kami ke sini adalah untuk urusan perniagaan. Selain itu, kami pergi ke sini juga kerana hendak berjumpa kenalan yang terdapat di Muar.
Berikut adalah beberapa gambar yang dapat diambil di Tanjung Emas. Jika dilihat di dalam gambar, cuaca sangat sejuk dan udara yang nyaman. Pemandangan di laut juga menarik. Demi mengisi isi perut yang kosong, kami makan di kedai yang terletak berdekatan. Kami makan makanan yang terkenal dengan keenakannya di sini iaitu mi bandung. Selepas selesai segala urusan, kami pulang ke rumah pada petang.
Pada 13 Disember, kami pergi ke Putrajaya bertujuan menghadiri majlis akad nikah keluarga. Kami bertolak ke sana denagan menaiki kereta pada tengah hari. Majlis akad nikah tersebut terletak di Masjid Putrajaya, Kuala Lumpur.
Setelah selesai majlis akad nikah, kami pergi ke Menara Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Tinggi menara ini ialah 68 meter. Setelah masuk waktu solat fardhu Asar, kami menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk menunaikan solat Asar secara berjemaah.
Setelah selesai, kami pulang ke rumah saudara saya yang terletak di Bangi, Selangor. Kami bermalam di sana kerana keesokan harinya, kami akan menuju ke majlis kenduri.
Pada keesokan harinya, kami pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis kenduri. Selepas itu, kami terus menuju ke Ipoh perak untuk bermalam di homestay yang sudah ditempah.
Pada malam itu, kami pergi ke sebuah kedai makan yang terletak berdekatan. Keesokan harinya, kami pergi ke Lumut , Perak. Kami pergi ke Pelabuhan TLDM, yang terletak di sana. Sebelum pergi ke sini, kami pergi melawat Stesen Kereta Api Lama Perak.
Kami pergi ke Kapal Mahawangsa yang terdapat dalam pelabuhan tersebut. Cuaca di sini sangat sejuk dan pemandangannya sangat menarik. Saya juga dapat bergambar bersama dua orang pekerja yang berkhidmat di kapal itu.
Melalui penulisan blog ini, saya dapat mengekalkan warisan masyarakat Malaysia dengan berkongsi pengalaman saya semasa berada di sini. Sebagai contoh, dari segi makanan iaitu mi bandung, saya dapat mempromosi dan membantu memajukan ekonomi negara melalui aspek perniagaan makanan.











